Cetakan T-shirt Menggunakan Vinyl & Transfer Paper

Terima kasih & selamat datang ke CustomShirt.my.

Kami menyediakan perkhidmatan cetakan baju custom design serendah SATU helai menggunakan kaedah Heat Transfer. Mesin Heat Press digunakan untuk memindahkan haba (heat) dengan tekanan tinggi (press) untuk menghasilkan cetakan bermutu tinggi dan tahan lama.

Terdapat dua jenis material heat transfer iaitu:

1. PU Vinyl

Kami menggunakan PU Vinyl yang tahan lasak, kenyal dan kalis air. Jadi, setiap cetakan design pada t-shirt menggunakan vinyl dapat bertahan lebih lama. Biasanya didatangkan dalam 1 warna sahaja.

vinyl baju

pelbagai jenis & warna Vinyl

Ada pelbagai jenis Vinyl di pasaran yang biasa dicetak pada baju:

  • PU Vinyl (berkilat biasa, banyak digunakan)
  • Neon PU Vynil (Bernyala macam lampu)
  • Glow In The Dark Vinyl (Bercahaya dalam gelap)
  • Glitter / Flake Vinyl

Antara cetakan menggunakan Vinyl adalah:

  • T-shirt I AM nama sendiri – sangat popular di kalangan remaja Malaysia dan masih lagi digemari sehingga sekarang.

DESIGN BAJU I AM

  • T-shirt berasaskan negeri Malaysia – digemari oleh peminat sukan tanahair terutamanya bola sepak. Juga dipakai oleh golongan remaja tidak kira lelaki atau perempuan. Ada dua jenis tulisan yang biasa dilihat iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi

baju negeri kedah

  • Nama dan nombor pada jersi – diminati oleh peminat dan penggemar sukan bola sepak dan futsal. Juga ada individu meletakkan nama dan nombor pada jersi kelab atau negeri kegemaran, sama ada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Bundesliga atau negeri-negeri di Malaysia.

buat nombor jersi

buat baju negeri

2. Transfer Paper

Satu lagi material cetakan baju dengan menggunakan Transfer Paper. Tiada had warna kerana design akan dicetak menggunakan printer pada transfer paper. Kemudian, design yang telah dicetak akan dilekatkan pada t-shirt. Boleh buat full color, gambar permandangan, gambar sendiri dan apa sahaja imej yang anda inginkan.

Kami menggunakan transfer paper berkualiti tinggi jenama Neenah 3G. Sangat bagus dari segi kualiti kertas. Di samping itu, kami gunakan Water Proof Pigment Ink (ink kalis air) yang tidak akan rosak atau tertanggal selepas dibasuh.

Masanya Untuk Anda Dapatkan T-shirt Idaman

Jangan lepaskan peluang keemasan

Dapatkan t-shirt idaman anda hari ini.

WhatsApp “SHIRT” ke 018-2122 510. Kami sedia membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge